Terma & Syarat
Kemaskini terakhir: 03 Apr 2026
1. Skop Perkhidmatan
PapaPrint menyediakan platform tempahan baju custom termasuk semakan artwork, pengesahan jobsheet, dan pengeluaran berdasarkan butiran yang disahkan pelanggan.
2. Ketepatan Maklumat Tempahan
Pelanggan bertanggungjawab memastikan semua maklumat pesanan seperti saiz, kuantiti, ejaan, design, dan spesifikasi adalah tepat sebelum menghantar pesanan.
3. Bayaran
Pesanan hanya diproses selepas bayaran disahkan mengikut kaedah pembayaran yang tersedia dalam sistem.
4. Semakan Artwork & Jobsheet
Pasukan QC berhak meminta pembetulan artwork. Selepas jobsheet diluluskan oleh pelanggan, pesanan dianggap muktamad untuk proses pengeluaran.
5. Pembatalan & Perubahan
Pembatalan atau perubahan selepas kelulusan jobsheet mungkin tidak dibenarkan atau tertakluk kepada caj tambahan.
6. Hubungi Kami
Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terma ini, sila hubungi pasukan PapaPrint melalui saluran rasmi yang dipaparkan di laman utama.